Friday, February 8, 2013

Ribena Cordial Drink and Jam

I take a walk in my tiny garden where i grow ribena. I used to call this little red fruit ribena since i were a child. Today i learn that this fruit is hibiscus family. A type of flower but this 'ribena' called roselle which comes from hibiscus flower family. That roselle in my tiny little garden had been there since last year and i never thought of doing something about it other than makes my garden look coloured ^_^ with its red colour.
What i know about this fruit is its not common in market or any tamu. you just lucky if you can meet with this fruit at tamu.
    So i decide to do something with this fruit...well i think i'll call it ribena for here they used to call it with that name and if i said it is roselle..ok they start thinking which one is this.
i know it can give me good drink but i never try for turn it into a yummy jam. Lets see....

A fresh ribena/roselle 



 Firstly, i peel of the ribena calyx. All of them for more drink and more jam and more working hour on peeling. This cute tiny fruit will looks like this after calyxes removal. Isn't that looks fresh?


But, we need the calyxes and noot the seed to make the drink and the jam. So i slowly take the calyxes, some sugar and water and put them altogether in small steel big mug. I want it to cook slowly and let the calyxes become tender and soft so i cook it in my own way.Juat the way i want and available for me. I can use anything in my kitchen as long as they are right in my sight and suitable to my cooking occasion. Well while waiting for the calyxes get their new looks i play my guitar and sing. So i wont let myself down while waiting. Aha! a noisy kitchen.
Em..here take a look of the way i cook the calyxes..





Ok after the calyxes become soft and tender and the water coloured with red colour and the taste of the red water become tasty , i put away the  steel mug and sifted the calyxes so that i get the red tasty water and the soft and tender calyxes in seperated. now i have ribena cordial drink. Lets the fridge take over my job to keep it cool. The calyxes? i put them in my blender until i get a very soft and creamy blend.
 Again i cook the blend the same way i cook the calyxes earlier. I pour more sugar and just avoid the water. This time i cant play my guitar or sing my song for i need to stir the blend until its become a jam.While im stirring my feet flap flap flap and oh no it cant be help im singing and stirring..
      Yeah! There we go! a ribena jam!!! emm did they looks like jam???


 Thats it! a ribena cordial drink and jam.Want to try some? ^_^

Thursday, July 22, 2010

Mountain TORQ Via Ferrata



MOUNTAIN TORQ VIA FERRATA



Deskripsi destinasi.
Destinasi pelancongan yang dipilih dalam kajian kes ini ialah Mountain Torq Via Ferrata yang terletak di Daerah Kundasang, Sabah. Daerah Kundasan mempunyai Via Ferrata diambil dari perkataan Itali yang bermaksud ‘iron road’’ iaitu jalan yang selamat untuk mendaki gunung. Jalan yang dibina itu terdiri daripada susunan banyak anak tangga, rel dan kabel yang dibina pada permukaan batu dengan kukuh dan uniknya. Aktiviti ini mempunyai sejarah sejak Perang Dunia Pertama. Via ferrata pertama dipasang tentera Itali untuk memindahkan askar dan kelengkapan perang di Italian Dolomites ke Austria.
Torq
Pada hari ini, terdapat lebih 500 Via ferrata seluruh di dunia dengan sebahagian besarnya di Itali, Jerman, Perancis, Austria, Slovenia,
Switzerland, Sepanyol dan beberapa tempat di Amerika Syarikat dan Kanada Mountain Torq merupakan Via Ferrata yang tertinggi di dunia dan terletak dalam kawasan UNESCO World Heritage iaitu Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia. Mountain Torq mendapat nama daripada torq, iaitu sejenis besi yang digunakan sebagai perhiasan yang mempunyai hujung yang tidak bersambung. Gelang ini berasal daripada Zaman Besi Eropah (abad ke 8 S.M hingga abad ke 3 S.M ). Gelang ini menjadi lambang kepada bangsawan dan juga ketinggian status sosial mereka. Gelang in juga biasanya diaanugerahkan kepada pahlawan-pahlawan kerana kegagahan mereka serta ianya juga menjadi simbol pada tuhan-tuhan Celtic. Jika dilihat dari jauh, Via Ferrata pada Gunung Kianbalu kelihatan seperti rantai leher yang menghiasi lingkaran Gunung Kinabalu.
Antara fakta menarik mngenai Mountain Torq Via Ferrata ialah ianya terletak di Gunung Kinabalu, Sabah , Malaysia yang mana puncak tertinggi bagi laluan Via Ferrata ialah pada ketinggian 3,776 meter dari aras laut iaitu di atas permukaan batu Panar Laban dengan kepanjangan laluan hampir 1.2 km. Manakala, puncak yang paling rendah bagi laluan via ferrata ialah pada ketinggian 3411 meter dari aras laut. Laluan ini mengambil masa 4 hingga 5 jam pejalanan. Antara laluan yang digemari oleh pendaki Mountain Torq ialah jambatan sepanjang 22 meter yang terletak 3,600 meter dari aras laut.
Lokasi bagi Mountain Torq Via Ferrata ialah berada pada ketinggian 3,776 meter dari aras laut d Gunung Kinabalu yang mana laluian via ferrata ini dibina pada permukaan batu pada permukaan batu di Panar Laban. Pendakian Mountain Torq dimulakan d Pendant Hut yang merupakan pejabat kepada via ferrata ini. Mountain Torq juga mempunyai dua laluan iaitu Low’s Peak Ciruit dan Walk The Torq. Bagi pendaki yang mempunyai tahap kecergasan ynag tinggi, laluan Low’s Peak Circuit adalah sesuai. Laluan ini akan membawa pendaki turun melalui lencongan yang bermula pada ketinggian 3,776 meter dari aras laut yang mana laluan ini mempunyai pemandangan menarik yang dan meneroka sudut atau bahagian tersembunyi Gunung Kinabalu.
Antara keistmewaan Mountain Torq ialah aktiviti ini dapat melibatkan semua individu yang berpengalaman mahupun tidak berpengalaman dalam rock climbing. Jika sesorang tahu memanjat tangga, ianya suda memadai untuk mendapat pengalaman daripada Mountain Torq kerana ianya lebih mudah berbanding rock climbing. Syarat asas yang dikenakan ialah seseorang haruslah mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.3 meter dan berumur 10 tahun keatas, tidak takut kepada ketinggian serta mempunyai tahap kecergasan yang baik.
Peta Gunung Kinabalu
Peta laluan Mountain Torq Via Ferrata di Gunung Kianabalu.
Deskripsi pembangunan.


Mountain Torq mula ditubuhkan pada tahun 2007 dan telah menjadi destinasi bagi aktiviti mountaineering yang terbaik di Timur Selatan Asia. Penubuhan dan pembinaan Mountain Torq Via Ferrata ini telah diinspirasikan oleh golongan yang mempunyai mindat yang mendlam dala, aktiviti outdoor dan bersama-sama ingin berkongsi keseronokan aktiviti tersebut kepada semua orang dalam semua peringkat umur. Mountain Torq Via Ferrata yang terletak di Gunung Kinabalu ini telah diasaskan oleh Wilfred Tok. Wilfred Tok merupakan pengasas kepada Mountain Torq ini telah 18 tahun berkecimpung dalam aktiviti rock climbing dan mountaineering di seluruh dunia. Selain Wilfred Tok, Quek I- Gek juga merupakan antara individu yang memberi sumbangan besar kepada Mountain Torq. Beliau merupakan Pengarah kepada Mountain Torq yang mana juga telah memberi sumbangan besar dalam memasarkan dan menjadikan mountain Torq sebuah perniagaan yang berjaya sejak 15 tahun yang lalu. Inspirasi beliau dalam memasarkan dan membangunkan Gunung kinabalu sebagai destinasi pelancongan mountaineering yang menarik bermula apabila beliau mendaki Gunung Kinabalu buat pertama kalinya pada tahun 1996.
Apabila menyentuh mengenai sukan ekstrem, aspek keselamatan merupakan prioriti. Sungguhpun begitu, menurut I-Gek(Pengarah Mountain Torq), ia boleh dianggap aktiviti paling selamat berbanding sukan lasak seperti abseiling, rock climbing dan pendakian gunung. Ini kerana peralatan yang digunakan adalah mengikut piawai keselamatan antarabangsa. Via Ferrata juga boleh menampung berat sehingga tiga tan. Ia direka bentuk oleh pereka Via Ferrata dunia dan menggunakan bahan yang diiktiraf oleh CE Mark. Ini bermaksud ia memiliki sijil pentauliahan dari Agensi Perancis untuk Kejuruteraan Pelancongan. Amalan keselamatan yang dibangunkan adalah berdasarkan panduan Persekutuan Pendakian dan Pendakian Gunung Antarabangsa atau UIAA. Pemeriksaan laluan Via Ferrata tersebut juga dilakukan sekali dalam tiga tahun.Selain itu, sistem 'belay' berterusan dipasang sepanjang laluan Via Ferrata yang mana pendaki sentiasa mematuhi peraturan, bagi mengelakkan pendaki terkeluar dari laluan yang ditetapkan. Mountain Torq juga menetapkan maksimum pendaki dalam sehari adalah 30 orang sahaja. Nisbah seorang pelatih kepada pendaki ialah 1: 10 orang bagi laluan Walk The Torq dan 1: 6 bagi laluan Low’s Peak Curcuit.
Selain mengendalikan Via Ferrata, Mountain Torq juga menjadi pusat latihan pertama pendakian gunung di rantau Asia Tenggara menawarkan aktiviti seperti sukan mendaki, rappelling dan penjelajahan banjaran pergunungan.Ia juga menguruskan penginapan Pendant Hut di Laban Rata, Gunung Kinabalu pada ketinggian 3,270m termasuk menempatkan bilik asrama, peribadi dan VIP. Pengunjung hanya perlu berjalan antara 15 dan 20 minit untuk ke titik mula Via Ferrata.
Sehingga kini, Via Ferrata Mountain Torq sudah menarik peserta dari golongan cilik semuda sembilan tahun sehingga kepada pasangan baru berumah tangga yang mahu membandingkan cabaran menakluk puncak Kinabalu sebagai metafora kepada dugaan mendatang dalam melayari alam rumah tangga.
Antara pencapaian besar yang diteima oleh Mountain Torq ialah Mountain Torq telah menerima pengikhtirafan daripada Guinness World Record sebagai Via Ferrata yang tertinggi di dunia. Selain itu Taman kinabalu menerima pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2000 kerana 'nilai universal luar biasa' dan kepentingannya sebagai tapak biologikal dunia. Gunung Kinabalu, yang merupakan puncak tertinggi Borneo merupakan tarikan utama taman itu, dan menjadi gunung paling menjulang pada ketinggian 4,095.2m (13,435 kaki).
Taman itu meliputi kawasan seluas 754 km persegi daripada ibu pejabat Taman-Taman Sabah sehingga ke Kolam Air Panas Poring, meliputi jarak 40 km dan menganjur ke utara sehingga hampir dengan Lebuhraya Kudat. Ianya diwartakan sebagai taman negara pada 1964 dan ia menjadi syurga botani dengan kepelbagaian flora dan fauna. Ia juga menjadi kediaman kepada 1,200 orkid, 326 spesies burung, 100 spesies mamalia, lebih 80 spesies pohon ara, 60 spesies oak dan pohon berangan, 26 spesies rhododendrons serta sembilan spesies periuk kera Nepenthes.
Wilfred Tok(Founder) Sijil Guinness World Recor Quek I-Gek (Director/General Manager)
Organisasi yang menguruskan destinasi.
Organisasi yang bertanggunjawab menguruskan Mountain Torq ialah Mountain Torq Sdn.Bhd. Organisasi ini telah diasaskan oleh Wilfred Tok yang juga merupakan pengasas dan Pengarah Eksekutif bagi organisasi ini. Wilfred Tok juga merupakan perintis kepada aktiviti mountaineering di Malaysia Timur dan Singapura. Beliau mempunyai pengalaman lebih darpada 20 tahun dalam ekspidisi rock climbing dan mountaineering di seluruh dunia. Melalui pengalamannya, beliau mengimpikan agar dapat membawa dan menggunakan pengalaman pengembaraan mountaineering ke Gunung Kinabalu. Beliau mempunyai kesungguhan dan kegairahan yang tinggi dalam merealisaikan impiannya unruk membawa pengalamannya dan dikongsi dengan orang lain. Beliau mahu supaya pengalaman beliau juga dapat dirasai oleh orang lain. Demi mengejar impiannya,beliau telah sanggup meninggalkan kariernya dalam aeronautical engineering.
Bagi Wilfred Tok, dunia mountaineering dan outdoor merupakan platform yang berkesan dan reakistik dalam memupuk dan menerapkan nilai semangat berpasukan dan kepimpinan dalam perkembangan individu, pasukan mahupun organisasi.
Selain mengendalikan Via Ferrata, Mountain Torq juga menjadi pusat latihan pertama pendakian gunung di rantau Asia Tenggara menawarkan aktiviti seperti sukan mendaki, rappelling dan penjelajahan banjaran pergunungan. Ia juga menguruskan penginapan Pendant Hut di Laban Rata, Gunung Kinabalu pada ketinggian 3,270m termasuk menempatkan bilik asrama, peribadi dan VIP. Pengunjung hanya perlu berjalan antara 15 dan 20 minit untuk ke titik mula Via Ferrata
Jenis aktiviti/ sukan/ kemudahan yang disediakan.
Aktiviti/sukan
Mountain Torq memberi pilihan kepada mereka yang kurang berpengalaman untuk meneroka laluan mencabar yang lazimnya hanya boleh dilalui oleh pendaki profesional. Walaubagaimanapun, pengalaman ekstrem ini kini boleh dihayati apabila mencuba mendaki Mountain Torq Via Ferrata di muka batu di Panar Laban, Gunung Kinabalu. Dengan pengenalan sukan rekreasi bertaraf antarabangsa ini, maka peminat sukan mendaki kini boleh merasainya sendiri tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan untuk terbang ke Eropah.
Ianya terletak di muka batu di Panar Laban, Mountain Torq Via Ferrata bermula pada ketinggian 3,411 meter (m) dan tamat pada 3,776m, diiktiraf sebagai tertinggi di dunia oleh Guinness World Records. Manakala, Via Ferrata kedua tertinggi dunia pula pada ketinggian 3,343m terletak di Italian Dolomites di banjaran Marmolada West, Itali. Ianya dibuka sejak Disember 1996, ia adalah merupakan laluan alternatif untuk ke puncak gunung ini pada ketinggian 4,095m dari paras laut. Untuk melakukan pendakian ini, pengunjung perlu mendaki antara empat hingga enam jam dari ibu pejabat Taman Kinabalu, sebelum tiba di Pendant Hut di Laban Rata, Gunung Kinabalu pada ketinggian 3,270m.
Daripada Pendant Hut, pengunjung perlu berjalan antara 15 dan 20 minit untuk sampai ke titik mula Via Ferrata. Via Ferrata sepanjang 1.2 kilometer ini menjanjikan laluan dengan tahap kesukaran berbeza-beza. Walaupun begitu, laluan berkenaan adalah sesuai untuk semua golongan pendaki daripada mereka yang mahu berjinak-jinak dengan aktiviti pendakian hingga kepada pendaki berpengalaman. Mereka yang mendaki bersama ahli keluarga kecil atau pelajar sekolah dengan tahap kecergasan biasa lebih biasanya berminat dengan laluan yang dikenali sebagai 'Walk The Torq.' Ianya meliputi laluan sepanjang 430meter,yang mana sepanjang laluan tersebut peserta dapat menyaksikan pemandangan indah Borneo dan merakamkan gambar kenangan ekspedisi yang lazimnya dapat dihayati dalam tempoh dua atau tiga jam. Untuk pencinta alam dan penggemar sukan lasak pula boleh memilih untuk mendaki ke Low’s Peak yang merupakan puncak tertinggi Gunung Kinabalu pada ketinggian 4,095 meter.
Laluan ini memakan masa antara empat dan lima jam, dengan jarak 763 meter dan direka bentuk dengan teliti supaya sesuai bagi mereka yang memiliki tahap kecergasan yang lebih tinggi.Ketika menuruni Low’s Peak, pendaki akan menempuhi lencongan dikenali 'Low's Peak Circuit' untuk menyaksikan panorama indah dari sudut yang tersembunyi di dataran tinggi pergunungan itu. Selain itu, peserta juga berpeluang berjalan menerusi jambatan tangga sepanjang 22m tergantung pada ketinggian 3, 600m. Pengarah Jualan dan Pemasaran Mountain Torq Sdn Bhd, Quek I-Gek, berkata meskipun sukan itu kelihatan mencabar, pengalaman Via Ferrata sesuai untuk semua peringkat usia dari kanak-kanak berusia tujuh tahun sehingga kepada warga emas yang sudah mencecah 70 tahun.
"Asalkan anda tahu memanjat anak tangga, anda berupaya mengatasi cabaran Via Ferrata. Apa yang diperlukan adalah semangat dan sikap terbuka kepada cabaran, tahap kecergasan pendaki gunung biasa selain dapat menyingkirkan perasaan takut kepada ketinggian. Via Ferrata adalah lokasi untuk memberikan peserta peluang untuk merasai pengalaman mendaki seperti berada di sebalik awan. Anda tidak perlu menjadi ahli sukan profesional untuk melakukannya," katanya sambil menambah bahawa aktiviti itu juga mengukuhkan nama Kinabalu sebagai destinasi ekopelancongan yang bertaraf antarabangsa.
Antara laluan yang perlu dilepasi(Walk The Torq)
Antara laluan yang terdapat pada Low’s Peak Circuit
Kemudahan
Mountain Torq menyediakan dua tempat penginapan yang dikhaskan kepada pendaki Mountain Torq iaitu Pendant Hut dan Sayat-Sayat Hut
Pendant Hut.- Pendant Hut tertetak pada ketinggian 3,289 dari aras laut dan digunaka Mountain Torq juga sebagai Mountain Top Sales Office. Pendant Hut juga merupakan lokasi bagi pra taklimat yang bermula diantara 3 p.m hingga 4 p.m setiap hari. Pendant Hut mempunyai reka bentuk yang unik dan mempunyai tida jenis bilik iaitu VIP Room, Dormitiry dan Private Room. Reka bentuk Pendant Hut telah diinspirasikan oleh Linda Lee yang mana menyesuaikan rekabentuk Pendant Hut dan juga lanskap dan persekitaran yang berwarna kelabu dan hijau.
Penginapan di Pendant Hut membolehkan para pendaki Mountain Torq menikmati pemandangan permukaan batu Panar Laban dan penginapan ini memudahkan para pendaki untuk ke lalauan Mountain Torq. Antara keistimewaan Pendant Hut juga ialah perkhidmatan penyediaan makanan disediakan dan ianya juga berdekatan dengan resroran di Laban Rata yang menjadi pusat kemudahan. Kemudahan seperti bilik air, tandas dan sleeping bag juga disediakan.
Sayat-Sayat
Sayat-sayat Hut terletak pada ketinggian 3668 dari aras laut. Sayat-sayat hut mempunyai bentuk yang unuk dan keliahtan seperti rumah yang tua. Ianya mmeberikan penginapan kepada pendaki Mountain Torq namun tiada bekalan elektrik dibekalkan dan mempunyai dapur layan diri. Ia jua mempunyai tempat tidur yang sederhana. Biasanya, Sayat-sayat Hut ini disediakan kepada pendaki Mountain Torq yang melakukan lain-lain aktiviti seperti Alpine Experience, Sport Climbing dan Rappelling.
Selain daripada menyediakan penginapan, Mountain Torq juga menyediakan pelatih kepada pendaki. Pelatih ini bertanggunjawab bagi memastikan setiap pendaki mempunyai keselamatan yang terjamin sebelum, samasa dan selepas pendakia
Pelatih Mountain Torq.

Penilaian/statistik
Statistik Kedatangan Pelancong Tempatan Ke Sabah.

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Malaysia.
Secara keseluruhannya, lebih daripada 40,000 pelawat yang mendaki Gunung Kinabalu setiap tahun dan jumlah ini memperlihatkan peningkatan dari tahun ke ke tahun dan dilihat meningkat dengan peratusan yang tinggi apabil pembukaan Mountain Torq Via Ferrata pada tahun 2006. Mountain Torq dilihat sebagai pemangkin kepada pelancongan sedia ada di Gunung Kinabalu. Ianya juga sebagai tambah nilai dalam ekopelancongan kepada Gunung Kinabalu yang sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong asing mahupun domestik.
Menurut satistik yang dikeluarkan oleh Research Division for Sabah Tourism, pada tahun 2010, dalam tempoh bulan Januari hingga Jun, terdapat 372, 672 pelancong antarabangsa dan pelancong Malaysia pula sebanyak 822, 496 orang. Jumlah keseluruhan pelancong yang datang ke Sabah secara kasarnya adalah sebanyak 1, 104, 903 orang. Kajian tersebut juga menjangkakan bahawa angka tersebut akan terus meningkat dari tahun ke tahun berikutan industry pelancongan di Sabah yang semakin diberi perhatian samada dalam sektor kerajaan mahupun swasta.
Pemandangan menarik d Via Ferrata