Activities

Padas River Challange 2011

Team "Cool"


 Pada 26 Mac 2011 yang lalu pelajar yang mengambil kursus TR 20003 Sukan dan Rekreasi telah mengadakan satu perjalanan ke Sungai Padas untuk berakit yang mana telah melibatkan 24 orang pelajar bersama dengan seorang pensyrah iaitu En. Hasnol bin Nordin. Kami telah bersedia seawal 7.00 pagi di foyer SPPS yang mana kemudiannya kami telah diambil oleh bas Riverbug yang mana merupakan agen pelancongan yang telah kami pilih untuk membawa kami ke Sungai Padas untuk berakit.
          Kami telah singgah di Wisma Merdeka yang mana kami telah menukar bas yang lebih besar kerana jumlah kami yang ramai. Kami telah bertolak dari Kota Kinabalu yang mana bas tersebut merupakan bas pelancong yang juga membawa pelancong lain ke sungai Padas.
Perjalanan ke Sungai Padas mengambil masa selama 3 jam yang mana perjalanan tersebut melalui beberapa daerah seperti Papar, Kimanis, Keningau dan Tenom. Kami tiba di perhentian kereta api Tenom yang mana merupakan Starting Point. Di perhentian kereta api Tenom kami telah menukar pakaian yang lebih sesuai untuk berakit. Kemudian perjalanan dengan kereta api diteruskan sehingga kami berhenti di perhentian kereta api Pangi. Dari situ kami turun dan berjalan menuju ke Riverbug yang mana merupakan station  kepada Riverbug.
Disana kami telah mendapatkan jaket keselamatan dan juga topi kaledar dan kemudiannya kami mendengar taklimat keselamatan berakit yang mana disampaikan oleh instructor  yang bernama Vladamir yang berasal dari Costa Rica yang baru sahaja memulakan tugas pada dua minggu lalu. Beliau menenrangkan mengenai keselamatan semasa berakit,menyentuh sedikit mengenai anatomi dingy dan cara menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan semasa berakit. Selain itu juga beliau menerangkan risiko dan bahaya yang meungkin akan dihadapi semasa berakit serta bahasa isyarat yang perlu digunakan semasa berakit. Beliau juga menenrangkan cara memegang paddle dan juga cara duduk di atas dingy dengan cara yang betul.
Setelah taklimat keselamatan selesai, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 6 hingga 7 orang. Setiap kumpulan tersebut seterusnya mendapat 2 orang guide yang mana mereka menjadi pembantu dan penunjukk arah semasa berakit di Sungai Padas. Kumpulan kami terdiri daripada 7 orang dan 2 orang guide.
Kami seterusnya bergerak ke gigi air dan mendapatkan dingy kami. Menurut guide yang membawa kami, Sungai Padas tersebut mempunyai jeram –jeram tertentu yang mana mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza. 



Laluan berakit tersebut mempunyai satu jarak bagi capsize drill yang mana ianya diikuti oleh jeram yang dipanggil Head Hunters Rapid, Scooby Doo, Cobra Point, Lambada, Body Rafting Area, Curve, Marry Go Round dan Snake House sebelum berhenti di perhentian Royoh untuk makan tengahari.
Sepanjang perjalanan mengharungi jeram-jeram tersebut, kekuatan fizikal dan mental amat diperlukan. Kekuatan fizikal untuk meneruskan kayuhan apabila dingy dilambung tinggi dan kekuatan mental juga turut diperlukan bagi terus kekal bersemangat disamping memberi semangat kepada rakan sepasukan yang turut bersama mendayung dingy tersebut.
Cabaran di setiap jeram adalah berbeza-beza yang mana disetiap jeram tersebut memerlukan strategi untuk mengelakkan daripada dingy terbalik (capsize) yang mana keadaan ini amat mengancam keselamatan setiap ahli dalam dingy tersebut. Terdapat juga tempat dimana kami dibenarkan berhenti untuk berehat seketika sambil bermandi manda sebelum meneruskan perjalanan.
Kami seterusnya singgah di Station Royoh untuk makan tengahari dimana kami disajikan dengan pelabagai jenis makanan yang menyelerakan. Selepas menikmati hidangan makan tengahari, kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Ending Point untuk menaiki boat ke Station Halogilat dimana kami perlu menunggu kereta api untuk ke Beaufort sebelum kembali ke Kota Kinabalu.
Pengalaman berakit di Sungai Padas merupakan suatu pengalaman yang perlu dicuba oleh individu lain yang ingin mencari kelainan. Alam semula jadi Sungai Padas merupakan cabaran semula jadi yang perlu dihadapi dan diatasi sebelum cabaran tersebut mengancam keselamatan kita.
Bagi peminat sukan lasak, Sungai Padas merupakan cabaran yang sesuai untuk memberi cabaran kepada diri. Individu yang meminati sukan lasak seperti berakit merupakan individu yang mempunyai keinginan tinggi dalam memuaskan keinginan mereka terhadap cabaran. Oleh itu cabaran Sungai Padas merupakan antara pilihan terbaik.
                                                                                             HS20 Sport Science 2011
                                                                                               Padas River Challannge




No comments:

Post a Comment